Thursday, November 1, 2012

Awas...banyak sangat broker haram hartanah

Salam sahabat semua. Pagi ini saya terbaca satu berita di Utusan Malaysia mengenai kewujudan terlalu banyak ejen hartanah. Kalau yang sah berdaftar ok lah tapi jika sebaliknya bakal ramai lah pembeli akan menjadi mangsa penipuan.

Semenjak orang rumah saya terlibat dalam bidang hartanah ni, banyak saya terdengar cerita pasal pembeli telah ditipu oleh ejen, macam-macam cerita dan rasanya sahabat-sahabat pun ada terdengar orang bercerita...saya nasihatkan bakal pembeli supaya jangan terlalu ghairah untuk membeli. Siasatlah terlebih dahulu syarikat ejen hartanah sebelum menggunakan khidmat mereka dan hartanah tersebut seperti di pejabat tanah dan jiran sekeliling di kawasan hartanah tersebut.

Ejen hartanah yang sah mesti mendaftarkan syarikat mereka dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah dan sekiranya gagal berbuat demikian, mereka telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 30 Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah 1981.

Kepada kawan-kawan yang jadi broker/ejen yang belum mendaftar pegilah mendaftar sebagai ejen hartanah yang sah.

Wednesday, October 31, 2012

Setuju pelaksanaan AES ada tempoh percubaan

Salam sahabat semua. Sebagai pemandu kereta dan juga pengguna lebuhraya Kuala Lumpur - Ipoh - Kuala Lumpur, saya amat bersetuju agar Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang telah dipasang di laluan terpilih diberi tempoh percubaan sekurang kurangnya 3 bulan terlebih dahulu sebelum kerajaan meneruskan pelaksanaannya secara menyeluruh dan saya mencadangkan juga agar pemandu-pemandu yang gagal mematuhi peraturan dan telah dirakam kesalahan melalui AES dalam tempoh percubaan diberi surat amaran keras dan dipanggil oleh pihak berkuasa untuk sesi kaunseling terlebih dahulu sepanjang tempoh percubaan ini sebelum pengeluaran saman.

Antara tanda-tanda KIAMAT KECIL

Salam semua. Pagi ini saya terbaca satu artikel yang saya nak kongsi kepada semua yang saya copy dari http://www.al-azim.com/~beringin/agama/menu.htm. Antara tanda-tanda KIAMAT KECIL berdasarkan hadis. Selamat membaca semua.

1) Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "saya menghitung 6 perkara menjelang - hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela."Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

3) Bermaharajalela alat muzik. "Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.
" Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

4) Menghias masjid & membanggakannya. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid"
- Riwayat -Nasai.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.

6) Ramai orang soleh meninggal dunia. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. "Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia"
- Riwayat Thabrani

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. "Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang".

10) Bulan sabit kelihatan besar. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita. "Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar. "Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar." - Riwayat Ahmad

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai" - Sahih Muslim

Wednesday, October 24, 2012

Selamat Hari Raya Iduladha & Selamat Menjalankan Ibadah Korban

Assalammualaikum.

Sempena kedatangan Hari Raya Iduladha (Korban) esok 10 Zulhijah 1433 hijrah bersamaan 26 Oktober 2012 dan sekali lagi takbir raya akan berkumandang. Insyallah selepas maghrib pada petang ini kita akan mula bertakbir hari raya, bersama-samalah kita memuji dan mengagungkan kebesaran dan keagungan Allah SWT.

Di kesempatan ini saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Iduladha/Haji (Korban) Maaf Zahir Batin. Semoga kehadiran Hari Raya Haji kali ini dapat kita rayakan dengan suasana yang ceria dan dipenuhi dengan semangat pengorbanan semata mengharapkan keredhaan dari Allah S.W.T.

Saya ingin berpesan kepada semua ahli Kelab Kebajikan dan Rekrweasi Kampung Haji Palil (KERAP), marilah kita beramai ramai ke Surau Al Ehsan Kampung Haji Palil esok jam 7.30 pagi (26 Oktober 2012) untuk menunaikan solat Iduladha dan selepas solat kita akan menjalankan program menyembelih Korban. Kehadiran semua ahli KERAP amat saya harapkan semoga majlis dapat kita laksanakan dengan sempurna dan dengan suasana yang ceria dan penuh dengan semangat pengorbanan. (Mohon bawa kelengkapan untuk melapah)

Sabda Rasulullah SAW: “ Sesungguhnya pertama-tama amalan yang kita lakukan pada hari ini (Iduladha) ialah supaya kita solat kemudian kembali ke rumah lalu kita menyembelih korban, maka barangsiapa yang mengerjakan sedemikian ia telah mengikut sunnahku. Adapun orang yang menyembelih sebelum melakukan solat, maka itu hanyalah merupakan daging yang hendak dipergunakan untuk keluarganya sahaja, tidak termasuk amalan ibadah penyembelihan korban”. (Riwayat al-Bukhari)

Ingatlah bahawa setiap pengorbanan yang kita lakukan hendaklah disertakan dengan niat dan amalan yang ikhlas. Seandainya ibadat korban yang kita lakukan dicemari dengan sifat riak, takabbur dan menunjuk-nunjuk akan kemampuan, maka akan tertutuplah rahmat Allah SWT dan sia-sialah amalan yang kita lakukan. Pengorbanan perlu ada ketakwaan dan keikhlasan. Tanpa duaini, maka tidak tercapai matlamat pengorbanan seperti mana yang dituntut oleh Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah al-Hajj ayat 37:

Maksudnya: “ Daging dan darah binatang korban itu tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketaqwaan kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang itu bagimu supaya kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya kepadamu. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang berusaha supaya baik amalnya. ”

Semoga kita semua dapat menghayati makna sebenar sambutan Hari Raya Haji tahun 1433 hijrah ini agar lebih bermakna dan seterusnya dapat melaksanakan perkara-perkara yang dituntut syarak. Akhir kata sekali lagi saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Iduladha/Haji (Korban) Maaf Zahir Batin.

Sekian terima kasih. Wassalam

Thursday, October 18, 2012

Melayu sudah lama berpecah

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tindakannya memecat Anwar Ibrahim daripada kerajaan dan parti pada tahun 1998 bukan penyebab bermulanya perpecahan dalam kalangan orang Melayu.

Sebaliknya, jelas beliau, orang Melayu di negara ini sudah lama berpecah termasuk ketika penubuhan Malayan Union yang mana pelbagai konflik tercetus termasuk wujud golongan ulama daripada UMNO yang mengambil keputusan menubuhkan parti Pas.

Selain itu, jelas Dr. Mahathir, tindakan Tengku Razaleigh Hamzah yang menubuhkan parti serpihan UMNO iaitu Semangat 46 turut membuktikan telah berlaku perpecahan dalam kalangan orang Melayu ketika itu.

"Jadi, mahu kata kerana saya pecat Anwar (penyebab mula berlaku perpecahan orang Melayu) tidak benarlah. Kita tidak boleh menerima orang seperti ini (Anwar) menjadi Perdana Menteri. Sebab beliau ada karakter yang tidak boleh menjadi seorang Perdana Menteri.

"Kita tidak boleh terima manusia yang moralnya terlalu rendah untuk menjadi seorang pemimpin, kita malu dengan pemimpin seperti ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peserta dalam sesi dialog selepas menyampaikan ucaptama sempena Seminar Pemantapan Profesionalisme, Transformasi, Budaya Kerja dan Pemikiran Pegawai Tadbir di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, di sini hari ini.

Pada masa sama, Dr. Mahathir dengan sinis turut menyifatkan Anwar seorang yang cekap berpidato dan mampu memesongkan pemikiran rakyat terutama mereka yang taksub dengannya.

Sumber : Utusan Malaysia 18 Oktober 2012

Newsflash: CBR500 series launched; from RM28,288

Newsflash: CBR500 series launched; from RM28,288