Wednesday, October 24, 2012

Selamat Hari Raya Iduladha & Selamat Menjalankan Ibadah Korban

Assalammualaikum.

Sempena kedatangan Hari Raya Iduladha (Korban) esok 10 Zulhijah 1433 hijrah bersamaan 26 Oktober 2012 dan sekali lagi takbir raya akan berkumandang. Insyallah selepas maghrib pada petang ini kita akan mula bertakbir hari raya, bersama-samalah kita memuji dan mengagungkan kebesaran dan keagungan Allah SWT.

Di kesempatan ini saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Iduladha/Haji (Korban) Maaf Zahir Batin. Semoga kehadiran Hari Raya Haji kali ini dapat kita rayakan dengan suasana yang ceria dan dipenuhi dengan semangat pengorbanan semata mengharapkan keredhaan dari Allah S.W.T.

Saya ingin berpesan kepada semua ahli Kelab Kebajikan dan Rekrweasi Kampung Haji Palil (KERAP), marilah kita beramai ramai ke Surau Al Ehsan Kampung Haji Palil esok jam 7.30 pagi (26 Oktober 2012) untuk menunaikan solat Iduladha dan selepas solat kita akan menjalankan program menyembelih Korban. Kehadiran semua ahli KERAP amat saya harapkan semoga majlis dapat kita laksanakan dengan sempurna dan dengan suasana yang ceria dan penuh dengan semangat pengorbanan. (Mohon bawa kelengkapan untuk melapah)

Sabda Rasulullah SAW: “ Sesungguhnya pertama-tama amalan yang kita lakukan pada hari ini (Iduladha) ialah supaya kita solat kemudian kembali ke rumah lalu kita menyembelih korban, maka barangsiapa yang mengerjakan sedemikian ia telah mengikut sunnahku. Adapun orang yang menyembelih sebelum melakukan solat, maka itu hanyalah merupakan daging yang hendak dipergunakan untuk keluarganya sahaja, tidak termasuk amalan ibadah penyembelihan korban”. (Riwayat al-Bukhari)

Ingatlah bahawa setiap pengorbanan yang kita lakukan hendaklah disertakan dengan niat dan amalan yang ikhlas. Seandainya ibadat korban yang kita lakukan dicemari dengan sifat riak, takabbur dan menunjuk-nunjuk akan kemampuan, maka akan tertutuplah rahmat Allah SWT dan sia-sialah amalan yang kita lakukan. Pengorbanan perlu ada ketakwaan dan keikhlasan. Tanpa duaini, maka tidak tercapai matlamat pengorbanan seperti mana yang dituntut oleh Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah al-Hajj ayat 37:

Maksudnya: “ Daging dan darah binatang korban itu tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketaqwaan kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang itu bagimu supaya kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya kepadamu. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang berusaha supaya baik amalnya. ”

Semoga kita semua dapat menghayati makna sebenar sambutan Hari Raya Haji tahun 1433 hijrah ini agar lebih bermakna dan seterusnya dapat melaksanakan perkara-perkara yang dituntut syarak. Akhir kata sekali lagi saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Iduladha/Haji (Korban) Maaf Zahir Batin.

Sekian terima kasih. Wassalam

No comments:

Post a Comment

Newsflash: CBR500 series launched; from RM28,288

Newsflash: CBR500 series launched; from RM28,288