Salam sahabat semua. Pagi ini saya terbaca satu berita di Utusan Malaysia mengenai kewujudan terlalu banyak ejen hartanah. Kalau yang sah berdaftar ok lah tapi jika sebaliknya bakal ramai lah pembeli akan menjadi mangsa penipuan.
Semenjak orang rumah saya terlibat dalam bidang hartanah ni, banyak saya terdengar cerita pasal pembeli telah ditipu oleh ejen, macam-macam cerita dan rasanya sahabat-sahabat pun ada terdengar orang bercerita...saya nasihatkan bakal pembeli supaya jangan terlalu ghairah untuk membeli. Siasatlah terlebih dahulu syarikat ejen hartanah sebelum menggunakan khidmat mereka dan hartanah tersebut seperti di pejabat tanah dan jiran sekeliling di kawasan hartanah tersebut.
Ejen hartanah yang sah mesti mendaftarkan syarikat mereka dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah dan sekiranya gagal berbuat demikian, mereka telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 30 Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah 1981.
Kepada kawan-kawan yang jadi broker/ejen yang belum mendaftar pegilah mendaftar sebagai ejen hartanah yang sah.