Drama bersiri Adam dan Hawa ini sedang di siarkan di saluran mustika HD di Astro pada setiap hari Isnin hingga Khamis setiap jam 10 malam antara pelakon yang membintangi drama bersiri ini ialah Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa dan drama bersiri ini mempunyai 80 episode. Drama ini adalah diadaptasi dari sebuah novel yang ditulis oleh Aisya Sofea.
Mengikut ulasan dari isteri yang mengikuti cerita ini dan sumber bacaan di internet cerita Adam dan Hawa ini mengisahkan mengenai Ain Hawani atau Hawa, seorang remaja lepasan SPM yang berkerja sementara sebagai guru tadika di taman didikan kanak-kanak milik kakak kepada Adam Mukhriz. Hawa dan Adam telah berkenalan dan akhirnya berkawan. Adam seorang lelaki kacak dan playboy yang bekerja sebagai juruterbang. Pada suatu hari Hawa dan Adam telah ditangkap basah selepas difitnah oleh seseorang yang mempunyai perasaan dengki terhadap hubungan mereka. Hawa bagaimana pun tidak dapat boleh menerima ketentuan apabila dia dipaksa kahwin dengan Adam oleh keluarga. Hawa membenci Adam dan dia telah melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Setelah pulang ke Malaysia, Adam masih mengharapkan cinta daripada isterinya itu, namun Hawa ego. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata. Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Masjidil Haram. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawa biarpun lapan tahun lagi...
Kepada yang tiada melanggan saluran mustika HD di Astro cubalah link di bawah ini….
Terima kasih Ezany Kun kerana usaha me muat naik drama bersiri ini.

No comments:
Post a Comment