Tuesday, October 1, 2013

Kami Sentiasa Bersamamu

15 September 2013 - Universal Studio Singapore
Assalamualaikum dan Salam buat semua calon-calon PMR 2013 dan Ibu bapa yang ada anak sedang menduduki PMR. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan PMR buat puteri kesayangan saya Nurain Syahirah Binti Mohd Zaidi Sabri dan juga pada rakan2 seperjuangannya. Semoga anak-anak semua diberikan ketenangan semasa menjawab soalan peperiksaan, diberikan kesihatan yang baik sepanjang peperiksaan, dipermudahkan semasa menjawab soalan peperiksaan dan semoga jawapan yang diberikan bertepatan dengan kehendak soalan serta berjaya dengan cemerlang. Aminn..ya rabbal aalaminnn...

Buatlah yang terbaik, semoga usahamu selama ini diberkati dan mendapat keredhaan ALLAH SWT. Jangan lupa tawakkal pada ALLAH setelah selesai semuanya. Ayah, Umi, Ibu, Embah dan adik-adik sentiasa mendoakan yang terbaik buat anakku Nurain Syahirah Binti Mohd Zaidi Sabri dan juga rakan2 seperjuanganmu.

Buat cikgu-cikgu mohon halalkan ilmu yang telah dicurahkan kepada anak-anak kami. Terima kasih kerana mendidik anak-anak kami. Hanya ALLAH sahaja yang dapat membalasnya.



No comments:

Post a Comment

Newsflash: CBR500 series launched; from RM28,288

Newsflash: CBR500 series launched; from RM28,288